Khamis, 25 Ogos 2016

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Di Hukum Penjara 8 Bulan


Naib Ketua Pemuda Amanah dihukum penjara 8 bulan

25 Ogos 2016 | Kredit - MALAYSIA DATELINE

Fakhrurazi (dua dari kiri) bersama peguamnya selepas dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan di bawak Akta Hasutan.Fakhrurazi (dua dari kiri) bersama peguamnya selepas dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan di bawak Akta Hasutan.


Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar didapati bersalah di bawah Akta Hasutan dan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan.

Namun begitu beliau dibenarkan membuat rayuan ke atas hukuman itu dengan dikenakan jaminan RM5,000.

Fakrurazi didakwa di bawah akta itu atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut dalam siri protes jalanan #KitaLawan, tahun lalu.

Fakhrulrazi didakwa menyebut kata-kata menghasut di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang, 21 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Khamis, 18 Ogos 2016

Flashmob #TangkapMO1 - Demontrasi Aman Di Dataran Merdeka KL

Flashmob #TangkapMO1 - Malaysian Official 1

ustazrakyat.blogspot.com
Like Page FB : Ustaz Rakyat UFR

Bersama Pimpinan Naib Ketua Pemuda Nasional Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar, Pimpinan Parlimen Amanah Teluk Intan, Pasir Salak dan Bukit Gantang berganding bahu dalam menjayakan flashmob ini.

Tuntutan Kita Kepada Kerajaan Malaysia
1.Dedahkan siapa "Malaysian Official 1"
2.Tangkap Malaysian Official 1
3.Dakwa Malaysian Official 1
4.Bebaskan Institusi Awam (PDRM/SPRM)

Ayuh semua kita turun pada 27hb Ogos 2016  ini sabtu, pada pukul 2 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk demontrasi secara aman #tangkapMO1

Selasa, 16 Ogos 2016

ANAK MUDA SELURUH PARTI AYUH BANGKIT "SEHATI SEJIWA" LAWAN KEZALIMAN PEMIMPIN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


SEMUA PEMUDA SELURUH PARTI AYUH BANGKIT "SEHATI SEJIWA" LAWAN KEZALIMAN PEMIMPIN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Zaman ini kita punya!!
Sempena bulan kemerdekaan ke-59 saya menyeru agar pemuda-pemuda dari pelbagai parti baik Amanah,PAS,DAP,PKR,BN dan lain-lain lagi supaya kita bersatu hati untuk menentang kezaliman pemimpin pada masa kini.Sesuai dengan slogan hari kemerdekaan pada tahun ini "Sehati Sejiwa". Dengan zaman serba moden kini saya percaya pemuda-pemuda diluar sana boleh menilai kebenaran dengan sumber-sumber yang tepat tanpa ada tapisan dari mana-mana pihak.

Kemerdekaan adalah hari kebebasan!!
Ayuh semua kita kembalikan semangat menuntut kemerdekaan dahulu dengan menolak pemimpin yang zalim pada PRU14 yang semakin dekat tarikhnya.
Buktikan kita bersama menuntut kebebasan dengan turun pada 27hb Ogos ini Sabtu di Dataran Merdeka jam 2.00 petang demonstrsi secara aman #TangkapMO1.

Tolak BN Undi PH demi KEBEBASAN.

USTAZ FAKHRUL RAZI