
SEMUA PEMUDA SELURUH PARTI AYUH BANGKIT "SEHATI SEJIWA" LAWAN KEZALIMAN PEMIMPIN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Zaman ini kita punya!!
Sempena bulan kemerdekaan ke-59 saya menyeru agar pemuda-pemuda dari pelbagai parti baik Amanah,PAS,DAP,PKR,BN dan lain-lain lagi supaya kita bersatu hati untuk menentang kezaliman pemimpin pada masa kini.Sesuai dengan slogan hari kemerdekaan pada tahun ini "Sehati Sejiwa". Dengan zaman serba moden kini saya percaya pemuda-pemuda diluar sana boleh menilai kebenaran dengan sumber-sumber yang tepat tanpa ada tapisan dari mana-mana pihak.
Kemerdekaan adalah hari kebebasan!!
Ayuh semua kita kembalikan semangat menuntut kemerdekaan dahulu dengan menolak pemimpin yang zalim pada PRU14 yang semakin dekat tarikhnya.
Buktikan kita bersama menuntut kebebasan dengan turun pada 27hb Ogos ini Sabtu di Dataran Merdeka jam 2.00 petang demonstrsi secara aman #TangkapMO1.
Tolak BN Undi PH demi KEBEBASAN.
USTAZ FAKHRUL RAZI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan